Monday, September 28, 2009

Influenza A

Lama betul Dina x menulis blog Dina ni...dalam tempoh beberapa bulan ni macam2 hal yg jd..Alhamdulillah Dina dan family telah selamat menempuh dugaan ini...


Tau kenapa Dina lama menyepi?? Hari tu Dina demam..mula2 ingat demam biasa...panas badan Dina mencecah 39.5C..mama dan papa bawa Dina dan adik ke Klinik Pakar Kanak2 Pelangi...Doktor kata demam biasa...


Alhamdulillah adik dah x demam lg..tp Dina masih macam tu gak..mama dah mula risau..mama desak papa bawa Dina ke hospital..Maka pada suatu pagi..kami bertiga ke Ampang Puteri Specialist Hospital..Dina diberi ubat dan x perlu duduk di hospital...Lega..

Nak tau lagi apa jd selepas itu? Haa...demam Dina x juga baik2...Selepas habis antibiotik mama dan papa bawa lagi ke APSH..Papa mahukan doktor pakar...papa kata doktor biasa hampeh..So Dina diletakkan under pengawasan Dr. Christopher Lim...seorang pakar kanak2..Dina kena amik darah...buat test..then Dina kena cucuk lagi untuk dimasukkan air...wah...gerun sungguh...Tapi Dina strong..

Buat pertama kali dalam hidup Dina ditahan di hospital...Memandangkan hospital full...Dina terpaksa menunggu kat emergency dari jam 8 pg sampai 4 ptg....seksa sungguh..Seksa menunggu...Akhirnya barulah dpt bilik..

Nak tgk x gambar Dina kat bilik 640?



















3 hari selepas masuk hospital...Dina dibenarkan keluar...Doktor kata Dina kena pneumonia...masa kat hospital banyak ubat Dina kena makan...air pulak x henti2 lepas 1 botol...masuk lagi 1 botol...kena sedut gas...yang paling ngeri bila kena masuk 3 syringe besar ubat melalui tangan...dahla ubat tu memang meloyakan...Nurse suruh Dina tadah kot2 termuntah semasa ubat tu dimasukkan..

Ingatkan dah lega tp rupanya demam Dina datang lg selepas 5 hari keluar ward...Kali ni lebih teruk..suhu mencecah 40C..Papa dan mama terus bawa lg ke APSH..Sekali lg Dina buat ujian darah...then ujian H1N1..2 jam selepas tu...ya Allah...Dina positif Influenza A..mcm gelap dunia semua orang..Dina tau semua orang sayang Dina..


Terus Dina ditahan di isolation ward..tempat kuarantin kanak2 senasib dgn Dina..Dina strong...Dina kena lawan virus pembunuh ni..Dengan sokongan semua org..akhirnya Dina sembuh selepas berhempas pulas mkn ubat...tamiflu (antibiotik Influenza A)..menyedut gas setiap 3 jam untuk melancarkan pernafasan....syukur pada tuhan..

Ramai yang suggest jus epal hijau..Maka setiap hari semasa di hospital papa bawakan special untuk Dina jus epal hijau dari air tangan papa..Dina minum even rasanya masam..sebab Dina nak baik cepat2..


Ini pulak gambar Dina di isolation ward...





Dina x macam orang sakit kan?? Sebabnya Dina kuat a.k.a. strong..Dina makan banyak...badan Dina full energy...So kepada anda semua di luar sana...beware of the H1N1...rajin2 menjaga kebersihan dan kesihatan diri..pakailah mask ke mana anda pergi terutama ke tempat awam..

Andai anda terkena jangkitan virus ni..jangan panik...Biarkan selera menguasai anda kerana anda perlukan tenaga yg banyak untuk melawan...Ramai mengatakan meminum jus epal hijau dan jus oren yg pure mampu untuk menolong melawan virus yg datang dr babi ini..Selain itu, makanlah karbohidrat yg memberi tenaga... sebab tu la Dina pesan biarkan selera menguasai anda..Berdoa banyak2...Tuhan Maha Pengasih..


Tidak syak lagi Allah mengharamkan anjing dan babi kerana kedua2 haiwan ini boleh mendatangkan bencana dalam kehidupan kita...

Jumpa esok...