Sunday, July 19, 2009



Semalam Dina janji nak kenalkan ahli keluarga Dina. So hari ni jom kita berkenalan pula dengan papa dan mama Dina..


Papa Dina namanya Mohd Rizal bin Ismail. Papa bekerja dalam bidang oil & gas..Papa seorang engineer di sebuah syarikat minyak. Nama company tu MI Drilling Fluids..Dina pun tak faham bidang kerja papa. Papa selalu tinggalkan Dina dan mama. Dulu papa kerja offshore..Offshore tu apa???


Offshore tu kata papa kerja di tengah-tengah laut. Eeii..takutkan..Papa pergi kerja naik helikopter..Kalau Dina mesti gayat..Dulu papa balik 3 minggu sekali je. Syukurla sekarang papa dah tak kerja offshore lagi..Papa dah masuk balik kerja office..Dina takut sangat papa dimakan jerung..Jerung tu kan besar..


Mama?? Mama pula surirumah yang biasa-biasa aje..Nama mama Norhumaiza binti Rawi. Tugas mama banyak di rumah. Setiap pagi mama hantar Dina ke sekolah. Sekolah Dina tak jauh dari rumah. Dina sekolah kat Smartreader Metro Wangsa, Seksyen 2, Wangsa Maju. Selepas hantar Dina mama balik masak, kemas rumah, basuh kain...macam-macam lagila..Paling penting mama mesti masak. Sebab bila balik dari sekolah Dina mesti lapar. Lapar sangat-sangat...Sampaikan perut Dina nyanyi macam-macam lagu...


Nak tahu...papa dengan mama dulu berkenalan di Universiti Teknologi Malaysia..Papa kata cinta sakan...Nanti Dina pun nak bercinta sakan la jugak..Mama kata kena belajar dulu baru boleh bercinta...Dina tanya mama, mama malu tak bila jatuh cinta? Mama kata tak pun..Hairan betul Dina. Kenapa mama tak malu bila terjatuh..


Dina sayang papa dan mama. Papa dan mama sediakan semuanya untuk Dina dan adik..Oppss...Dina terlupa adik Dina..maklumla Dina dengan adik beza umur jauh. Jom Dina tunjukkan adik Dina.


Haa..inilah adik kesayangan Dina. Nama adik Nur Haifaa Dhania binti Mohd Rizal. Pada artikel ni ditulis umur adik baru nak masuk 7 bulan. Adik Dhania lahir pada 23 Disember 2008.
Dulu sebelum ada adik, Dina selalu minta adik dengan mama. Dina jealous la bila tengok orang lain ada adik. Sepupu Dina, Mimi pun ada adik. Dina nak la jugak...
Bila mama mengandung adik, Dina happy sangat.. Dina tak sabar tunggu adik lahir..Dina cakap kat semua orang Dina nak dapat baby..Wah..seronoknya ada kawan nanti..
Bila adik lahir, Dina tak sabar pula tunggu adik besar. Sekarang adik dah pandai nak ambil barang Dina. Adik suka kacau bila Dina buat homeworks..Hish...geramnya...tapi apapun Dina tetap sayangkan adik. Sebab selalunya Dina yang kacau adik..hahaha..
Tau tak...adik Dina ni garang..Dia suka menjerit...adusss...sakit telinga Dina. Bingit tau..Dhania akan menjerit bila nakkan sesuatu..Kadang-kadang bila mama kat dapur, Dina cubit pipi adik. Geram!!!!!!!

No comments:

Post a Comment